Amora Escape

Aktiviti Popular di Kashmir : Dari Main Salji Hingga Naik Gondola Gulmarg

Aktiviti Popular di Kashmir: Dari Main Salji Hingga Naik Gondola Gulmarg

Kashmir sering digelar sebagai “Mini Switzerland Asia”. Terletak di utara India, kawasan ini terkenal dengan gunung-ganang bersalji, tasik yang indah, dan landskap yang seolah-olah membawa anda ke Eropah. Bagi pelancong Malaysia, Kashmir semakin mendapat tempat sebagai destinasi pilihan untuk family trip, honeymoon, dan private tour.

Selain pemandangan yang menenangkan, aktiviti di Kashmir sangat pelbagai. Santai menikmati Shikara Ride di Dal Lake, hinggalah ke pengalaman lebih mencabar seperti ski dan snowboarding di Gulmarg. Artikel ini akan membimbing anda tentang aktiviti paling popular di Kashmir, bila masa terbaik untuk melakukannya, serta tips penting untuk menjadikan percutian anda lebih lancar.

Kenapa Kashmir Jadi Destinasi Pilihan Pelancong?

  • Sebelum kita lihat aktiviti yang boleh dibuat, mari kita fahamkan dulu kenapa Kashmir begitu unik dan popular:

  • Pemandangan 4 Musim
    • Musim bunga (Mac – Mei): hamparan bunga tulip di Srinagar. *Tulips sekitar awal bulan 4

    • Musim panas (Jun – Sept): sawah hijau, sesuai untuk hiking ringan.

    • Musim luruh (Oct – Nov)  : dedaun keemasan, suasana romantik

    • Musim sejuk (Dis – Mac): pengalaman salji putih tebal.

Pemandangan ketika musim panas

    1. Mesra Family & Honeymoon

      • Itinerary tidak rushing.

      • Banyak aktiviti santai, sesuai untuk anak-anak, ibu ayah dan warga emas.

    2. Kos Lebih Mesra Bajet

      • Dengan bajet RM5,000–RM7,000, anda sudah boleh menikmati pengalaman yang seakan-akan ke Switzerland.

 

Aktiviti Wajib Cuba di Kashmir

Main Salji di Gulmarg & Sonamarg

❄️ Bagi yang pertama kali ke Kashmir, main salji adalah antara highlight utama.

  • Lokasi terbaik: Gulmarg & Sonamarg

  • Waktu terbaik: Disember – Mac

  • Aktiviti: snowball fight, buat snowman, bergambar dengan pemandangan Himalaya.

  • Tips:
  • Sewa pakaian salji (jaket, boot, glove) terus di lokasi. Ia lebih murah berbanding beli di Malaysia.
  • Pastikan anak-anak pakai inner thermal untuk elak kesejukan melampau.

Pemandangan di Sonamarg ketika musim salji

 

Naik Gondola di Gulmarg

🚠 Gondola Gulmarg adalah antara stesen gondola tertinggi di dunia, membawa anda ke ketinggian hampir 4,000 meter di atas paras laut.

  • Stage 1: Gulmarg – Kungdoori (2,600m → 3,100m).

  • Stage 2: Kungdoori – Apharwat (3,100m → 3,900m).

  • Harga tiket: sekitar INR 1000 (lebih kurang RM40–RM60).

  • Highlight: pemandangan Himalaya yang memukau, sesuai untuk bergambar.

  • Tips: beli tiket online awal kerana sangat laris, terutama musim cuti. (beli tiket di sini https://www.jammukashmircablecar.com/)

aktiviti main salji di kashmir gulmarg

 

Ski & Snowboard

🎿 Kashmir adalah syurga ski Asia Selatan.

  • Lokasi utama: Gulmarg Ski Resort.

  • Sesuai untuk: beginner & intermediate (ada jurulatih tempatan).

  • Kos: sewa peralatan ski/snowboard sekitar INR 600 – INR 1,000 satu jam

  • Best time: Januari – Februari (salji paling tebal).

  • Tips: Ambil kelas ski sehari, pengalaman berbeza untuk mereka yang baru cuba

aktiviti popular di kashmir

 

Snowbike & Sledge Ride

Tidak semua orang mahu main ski, tapi jangan risau, ada aktiviti santai lain!

  • Snowbike: motosikal kecil di atas salji, sesuai untuk remaja & orang dewasa

  • Sledge ride: duduk atas papan kayu ditarik di atas salji dan ia sangat digemari kanak-kanak & warga emas, Kadang-kadang mak ayah lebih enjoy dari anak. Hehe.

  • Lokasi: Gulmarg & Sonamarg

aktiviti main salji di kashmir Sonamarg

 

Shikara Ride di Dal Lake, Srinagar

🛶 Shikara ialah bot tradisional berwarna-warni di Kashmir.

  • Pengalaman: naik bot sambil menikmati pemandangan gunung & rumah terapung

  • Waktu terbaik: pagi atau senja

  • Tempoh: 1 jam

  • Aktiviti tambahan: shopping di floating market

shikara ride dal lake kashmir

Horse Riding di Pahalgam & Thajiwas Glacier

🐎 Pahalgam dikenali sebagai “Valley of Shepherds”. Aktiviti menunggang kuda sangat popular di sini.

  • Tarikan: perjalanan melalui hutan pain, sungai Lidder yang jernih, dan bukit hijau.

  • Kos: INR 2500 bergantung kepada laluan.

  • Sesuai untuk: family & couple yang mahu aktiviti santai.

Shopping Souvenir Kashmir

🛍 Kashmir juga terkenal dengan hasil kraftangan unik:

  • Pashmina shawl – kain bulu kambing yang sangat lembut.

  • Karpet buatan tangan – corak tradisional, sesuai sebagai koleksi eksklusif.

  • Rempah & saffron – Kashmir antara pengeluar saffron terbaik dunia.

  • Tips: tawar-menawar harga di kedai untuk dapatkan harga berpatutan.

 

 

Tips Penting Sebelum Cuba Aktiviti di Kashmir

✔️ Pakaian: bawa jaket winter, sarung tangan, kasut trekking. Untuk aktiviti salji, sewa gear khas.
✔️ Kesihatan: altitude tinggi boleh sebabkan sesak nafas, pastikan rehat secukupnya.
✔️ Wang Tunai: bawa INR kerana kad tidak selalu diterima di kawasan luar bandar.
✔️ Travel Insurance: pastikan cover aktiviti outdoor.
✔️ Makanan Halal: tiada masalah besar kerana Kashmir majoriti Muslim.

 

Kesimpulan

Kashmir bukan sekadar destinasi pemandangan indah, tetapi juga tempat di mana setiap pengunjung boleh menikmati aktiviti yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Sama ada anda mahu:

  • Main salji di Gulmarg,

  • Naik gondola melihat Himalaya,

  • Santai dengan Shikara Ride di Dal Lake,

  • Atau shopping pashmina original Kashmiri,

…semuanya ada di sini.

Untuk pengalaman lebih mudah & selesa, anda boleh pilih Pakej Kashmir bersama travel agency berdaftar seperti Amora Escape. Lengkap dengan penginapan 4★, makan halal 3x sehari, kenderaan private, serta tour leader berpengalaman dari Malaysia.

📲 Berminat nak rancang trip Kashmir secara Private ? Klik link ini sekarang untuk info lanjut & jadual perjalanan.

 

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Kashmir Agra
8 Hari 6 Malam
Hot
Kashmir Agra
Hayati pemandangan lembah, tasik dan pergunungan yang mempesonakan di Kashmir
Serendah RM5070/pax
Northern Pakistan
11 Hari 9 Malam
Hot
Northern Pakistan
Keunikan budaya, etnik dan kecantikan bumi Pakistan pasti menjadikan perjalanan anda lebih bermakna
Serendah RM6990/pax
Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.