10 Fakta Menarik Kashmir Wajib Anda Tahu.
KASHMIR – SYURGA DI DUNIA! 10 FAKTA MENARIK KASHMIR WAJIB ANDA TAHU…
Itulah jolokan nama yang diberikan oleh masyarakat dunia terhadap Kashmir atas keindahan alam semulajadi, sungai yang bersih, lamparan padang & taman Saujana mata memandang, keamanan, kekayaan sumber alam dan keramahan penduduknya. Bukan itu saja, ada yang menggelar Kashmir sebagai “Switzerland of East”!! Yang dah pernah pegi pastinya bersetuju dan yang belum pegi, pastinya INGIN TAHU! Kami kongsikan 10 FAKTA MENARIK KASHMIR :
1) CUACA
Kashmir mempunyai 4 musim iaitu :
- Musim Bunga (Mac-Apr) – suhu sekitar 15-18 Celsius.
- Musim Panas (Mei-Ogos) – suhu sekitar 20-30 Celsius.
- Musim Luruh (Sep-Nov) – suhu sekitar 15-25 Celsius.
- Musim Sejuk (Dis-Feb) – suhu sekitar -2 -10 Celsius. Anda dapat melihat landskap berbeza setiap musim!
2) BUAH & BUNGA
Tahukah anda 80% bekalan apples di dunia ini datangnya dari Kashmir! Setiap musim, lain buah-buah & bunga yang dapat korang tengok. Seperti contoh :
- Musim Bunga (Mac-Apr) – Tulips, cherry, almond, peach, pears dan macam-macam lagi!
- Musim Panas (Mei-Ogos) – musim memetik buah seperti Apples!
- Musim Luruh (Sep-Nov) – Bunga, dedaun semuanya bertukar warna Oren & keemasan. Lamparan taman bunga menjadi sangat Indah!
- Musim Sejuk (Dis-Feb) – all white seperti dalam fantasi! Sungai yang Biru menjadi beku sedikit, penuh salji melitupi gunung-gunung disana!
3) TEMPAT LAWATAN WAJIB PEGI
Banyak tempat menarik anda wajib pegi seperti Dal Lake, Nagin Lake (naik boat & dayung perlahan-lahan!), Mughal Garden, Gulmarg, Pahalgam, Ladang Buah Apple, Ladang Saffron dan banyak lagi!
4) TEMPAT MENGINAP
Kalau dah di Kashmir, wajib la tidur di Houseboat di Dal Lake tu… memang cantik, bersih & unik dengan senibina ukiran kayu, kemasan perabot & bilik tradisi masyarakat Kashmiri! Nak tido hotel pun ada juga..tapi tak syiok la kan?
5) MAKANAN DI KASHMIR
Makanan memang dijamin sedap menjilat jari & Halal… majoriti penduduk Kashmir adalah Muslim. Makanan tradisi wajib korang rasa adalah Gostaba, Briyani Kambing, Kashmiri Wazwan & Minut Kahwa dia seperti Teh Namkeen, Cinnamon & Cardamom! Betul-betul kaww!!
6) SHOPPING
Of course la kita suka shopping kan… boleh bawa balik macam-macam hasil kerajinan Kashmiri, Pashmina, Shawls dan Saffron!
7) ENTRY TO KASHMIR
Kashmir adalah salah satu negeri di India, so Malaysians kena apply India Visa untuk ke sini… boleh apply online dah uolls.
8) BAGAIMANA KE KASHMIR?
Paling mudah dari Malaysia, kita fly ke Delhi naik AirAsia, MH tau Malindo… then, naik domestic flight ke Srinagar… Itulah airport di Kashmir! Kalau nak thrill lebih sikit boleh juga naik train dari Delhi ke Jammu, tapi jauh la nak ke Kashmir ni dengan bas atau kereta.
9) KESELAMATAN
Selamat ke Kashmir ni? Selalu dengar macam ada perang je dengan Pakistan… hmm, kami yang dah pernah pegi & bawa orang kesana ni memang Selamat je, tenang sebab jauh la sempadan dengan kawasan bergolak tu! Jauh sangat…
10) INFO RINGKAS EKONOMI
Ekonomi Kashmir bergantung kepada tanaman & ekspot buah-buahan seperti Apples, Walnut, Cherries, Almond & Saffron. Juga Industri seperti pembuatan Karpet, Pashmina & ukiran kayu… so kalau kesana, makan buah & minum jus segar banyak-banyak tau…
Panjang betul Fakta kami share ni supaya dapat membantu anda merancang ke Kashmir Bersama Keluarga & Rakan-rakan… So, dah baca..share la ya! Moga bermanfaat untuk yang lain…