Amora Escape

Kashmir

Ada yang menggelar Kashmir sebagai "Switzerland of East"!! Yang dah pernah pegi pastinya bersetuju dan yang belum pegi, pastinya INGIN TAHU!

10 Fakta Menarik Kashmir Wajib Anda Tahu.

KASHMIR – SYURGA DI DUNIA! 10 FAKTA MENARIK KASHMIR WAJIB ANDA TAHU…

Itulah jolokan nama yang diberikan oleh masyarakat dunia terhadap Kashmir atas keindahan alam semulajadi, sungai yang bersih, lamparan padang & taman Saujana mata memandang, keamanan, kekayaan sumber alam dan keramahan penduduknya. Bukan itu saja, ada yang menggelar Kashmir sebagai “Switzerland of East”!! Yang dah pernah pegi pastinya bersetuju dan yang belum pegi, pastinya INGIN TAHU! Kami kongsikan 10 FAKTA MENARIK KASHMIR :

1) CUACA

Kashmir mempunyai 4 musim iaitu :

  • Musim Bunga (Mac-Apr) – suhu sekitar 15-18 Celsius.
  • Musim Panas (Mei-Ogos) – suhu sekitar 20-30 Celsius.
  • Musim Luruh (Sep-Nov) – suhu sekitar 15-25 Celsius.
  • Musim Sejuk (Dis-Feb) – suhu sekitar -2 -10 Celsius. Anda dapat melihat landskap berbeza setiap musim!

2) BUAH & BUNGA

Tahukah anda 80% bekalan apples di dunia ini datangnya dari Kashmir! Setiap musim, lain buah-buah & bunga yang dapat korang tengok. Seperti contoh :

  • Musim Bunga (Mac-Apr) – Tulips, cherry, almond, peach, pears dan macam-macam lagi!
  • Musim Panas (Mei-Ogos) – musim memetik buah seperti Apples!
  • Musim Luruh (Sep-Nov) – Bunga, dedaun semuanya bertukar warna Oren & keemasan. Lamparan taman bunga menjadi sangat Indah!
  • Musim Sejuk (Dis-Feb) – all white seperti dalam fantasi! Sungai yang Biru menjadi beku sedikit, penuh salji melitupi gunung-gunung disana!

3) TEMPAT LAWATAN WAJIB PEGI

Banyak tempat menarik anda wajib pegi seperti Dal Lake, Nagin Lake (naik boat & dayung perlahan-lahan!), Mughal Garden, Gulmarg, Pahalgam, Ladang Buah Apple, Ladang Saffron dan banyak lagi!

4) TEMPAT MENGINAP

Kalau dah di Kashmir, wajib la tidur di Houseboat di Dal Lake tu… memang cantik, bersih & unik dengan senibina ukiran kayu, kemasan perabot & bilik tradisi masyarakat Kashmiri! Nak tido hotel pun ada juga..tapi tak syiok la kan?

5) MAKANAN DI KASHMIR

Makanan memang dijamin sedap menjilat jari & Halal… majoriti penduduk Kashmir adalah Muslim. Makanan tradisi wajib korang rasa adalah Gostaba, Briyani Kambing, Kashmiri Wazwan & Minut Kahwa dia seperti Teh Namkeen, Cinnamon & Cardamom! Betul-betul kaww!!

6) SHOPPING

Of course la kita suka shopping kan… boleh bawa balik macam-macam hasil kerajinan Kashmiri, Pashmina, Shawls dan Saffron!

7) ENTRY TO KASHMIR

Kashmir adalah salah satu negeri di India, so Malaysians kena apply India Visa untuk ke sini… boleh apply online dah uolls.

8) BAGAIMANA KE KASHMIR?

Paling mudah dari Malaysia, kita fly ke Delhi naik AirAsia, MH tau Malindo… then, naik domestic flight ke Srinagar… Itulah airport di Kashmir! Kalau nak thrill lebih sikit boleh juga naik train dari Delhi ke Jammu, tapi jauh la nak ke Kashmir ni dengan bas atau kereta.

9) KESELAMATAN

Selamat ke Kashmir ni? Selalu dengar macam ada perang je dengan Pakistan… hmm, kami yang dah pernah pegi & bawa orang kesana ni memang Selamat je, tenang sebab jauh la sempadan dengan kawasan bergolak tu! Jauh sangat…

10) INFO RINGKAS EKONOMI

Ekonomi Kashmir bergantung kepada tanaman & ekspot buah-buahan seperti Apples, Walnut, Cherries, Almond & Saffron. Juga Industri seperti pembuatan Karpet, Pashmina & ukiran kayu… so kalau kesana, makan buah & minum jus segar banyak-banyak tau…

 

Panjang betul Fakta kami share ni supaya dapat membantu anda merancang ke Kashmir Bersama Keluarga & Rakan-rakan… So, dah baca..share la ya! Moga bermanfaat untuk yang lain…

Pakej Travel ke Kashmir yang kami sediakan

Kashmir – Spring
7 Hari 5 Malam
Hot, Kashmir Tour
Kashmir – Spring
Hayati pemandangan lembah, tasik dan pergunungan yang mempesonakan di Kashmir pada musim bunga.
Serendah RM5290/pax
Kashmir – Winter
7 Hari 5 Malam
Hot, Kashmir Tour
Kashmir – Winter
Hayati pemandangan lembah, tasik dan pergunungan yang mempesonakan di Kashmir pada musim sejuk.
Serendah RM4990/pax
Kashmir – Autumn
7 Hari 5 Malam
Hot, Kashmir Tour
Kashmir – Autumn
Hayati pemandangan lembah, tasik dan pergunungan yang mempesonakan di Kashmir pada musim luruh.
Serendah RM4990/pax
Kashmir – Summer
7 Hari 5 Malam
Hot, Kashmir Tour
Kashmir – Summer
Hayati pemandangan lembah, tasik dan pergunungan yang mempesonakan di Kashmir pada musim panas.
Serendah RM4990/pax
Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.