Amora Escape

Travel Musim Sejuk Di Jepun: Stop Jaket Tebal, Guna 3 Teknik Layering Ini!

Travel Musim Sejuk Di Jepun: Elak Jaket Tebal, Guna 3  Teknik Layering Ini!

Ramai first-timer ke Jepun musim sejuk sangka mereka perlu bawa jaket tebal macam comforter. Tapi sebenarnya, pakai terlalu tebal boleh jadi kesilapan besar, bukan saja tak selesa tapi boleh ganggu aktiviti sepanjang trip.

Dalam artikel ini, kami kongsikan kenapa anda patut elakkan baju terlalu tebal dan apa alternatif yang lebih bijak dan praktikal.

 

Kenapa Tak Digalakkan Pakai Jaket Terlalu Tebal Jika Travel Musim Sejuk Jepun?

1. Susah Bergerak & Berat

Jaket tebal biasanya makan ruang dan lebih berat. Bila anda banyak berjalan (di USJ, Namba, Arashiyama), ia cepat buat anda letih dan tidak selesa

2. Panas Berlebihan Bila Masuk Indoor

Restoran, kedai dan train di Jepun ada pemanas. Pakai jaket tebal buat anda rasa panas dan rimas.

3. Sempitkan Luggage Anda

Jaket tebal ambil ruang besar dalam luggage. Susah nak bawa balik barang shopping!

travel musim sejuk di Jepun

 

Alternatif Lebih Bijak: Guna Teknik Layering

Layering = pakai beberapa lapisan pakaian yang nipis & mudah dibuka. Lebih fleksibel ikut suhu indoor & outdoor.

Lapisan Contoh Fungsi
Inner Heattech, thermal wear Kekalkan suhu badan
Middle Fleece, hoodie, sweater, wool materials Penebat tambahan
Outer Windbreaker, compressible down jacket Lindungi dari angin/hujan ringan

Untuk pilihan heattech yang lebih berkualiti anda boleh beli Heattech dari Uniqlo secara online sebelum travel.

 

Tips Travel Tambahan Untuk Musim Sejuk di Jepun

  • Bawa heat pack (Kairo) – beli di Daiso, letak dalam poket/kasut
  • Pakai kasut waterproof – elak kaki basah
  • Gunakan pelembap & lip balm – elak kulit kering dan bibir merekah
  • Topi & sarung tangan – kurangkan kehilangan haba

tips layering pakaian musim sejuk

Jangan Sampai Tak Selesa Masa Travel!

Jepun musim sejuk memang magikal, salji di Hokkaido, Nature di Osaka, City vibes di Tokyo, makanan panas dan culture yang unik. Tapi pengalaman boleh jadi tak best kalau badan tak selesa. Gunakan teknik layering dan elakkan pakai terlalu tebal. Lebih ringan, fleksibel dan sesuai untuk pergerakan harian.

Kalau anda nak itinerary yang sesuai untuk musim sejuk, kami boleh bantu!

📲 Klik Sini Untuk Dapatkan Khidmat Nasihat Percuma di WhatsApp

Atau untuk dapatkan Pakej Travel Musim Sejuk Di Jepun boleh klik sini

 

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.