Amora Escape

7-Eleven Jepun & FamilyMart: Pilihan Makanan Halal Murah Untuk Pelancong Muslim

Kenapa 7-Eleven & FamilyMart di Jepun Wajib Masuk Itinerary Anda

Jika anda mencari makanan halal di Jepun, 7-Eleven Jepun & FamilyMart adalah antara pilihan terbaik untuk pelancong Muslim.

Convenience store di Jepun bukan sekadar tempat beli air mineral atau maggi cup. Ia adalah syurga makanan, tempat rehat mini, dan penyelamat bajet bagi pelancong yang mencari makanan cepat, murah dan selamat dimakan.

  Makanan halal di 7-Eleven Jepun

*Lawson juga adalah salah satu convenient store famous di Jepun

1. Makanan Siap Sedia Yang Segar & Sedap

Antara sebab utama pelancong suka ke 7-Eleven dan FamilyMart di Jepun ialah kualiti makanan ready-to-eat yang sangat tinggi. Bukan setakat roti dan sandwich, tapi juga:

  • Bento (set nasi + ayam/daging)

  • Onigiri (nasi kepal pelbagai inti)

  • Fresh salad

  • Mee sejuk, pasta, dan nasi goreng

  • Ayam goreng panas (FamiChiki di FamilyMart sangat popular. Tapi awas ya tak Halal)

Lebih menarik semua ini diletakkan dalam peti sejuk, tapi boleh dipanaskan terus menggunakan microwave di kedai. Siap ada sudu, garpu & chopstick percuma.

2. Ada Pilihan Muslim-Friendly (Ya, Betul!)

Walaupun tak semua makanan dilabel halal, ramai pelancong Muslim di Jepun mencari produk yang Muslim-friendly. Ini termasuk:

  • Onigiri dengan inti sayur, telur atau ikan

  • Mee sejuk tanpa daging

  • Salad + telur rebus

  • Pencuci mulut seperti jelly & buah potong

Kini, ada juga FamilyMart yang bekerjasama dengan Muslim Pro Japan dan menyertakan label Muslim Friendly atau No Pork / No Alcohol pada produk tertentu.

Tip: Semak label dahulu, elak ramuan seperti pork, mirin (arak masakan) dan gelatin.

Makanan halal di 7-Eleven Jepun

*Pastikan anda cuba Set Bento Fresh yang boleh didapati di 7-Eleven 

3. Bersih, Tersusun & Mesra Pelancong

Satu perkara yang tak dapat dinafikan adalah kebersihan. Convenience store Jepun sangat tersusun, staf mesra dan kawasan makan kecil (dining space) disediakan di banyak cawangan. Anda boleh makan terus di situ selepas panaskan makanan. Tak dinafikan di Malasyia pun terdapat konsep convenience store yang sama tapi vibes di Jepun terasa kelainannya.

Malah, ada juga:

  • Wi-Fi percuma

  • Mesin ATM international

  • Bilik air bersih

  • Mesin bayar bil dan top-up kad transport

 

4. Jimat Bajet & Masa

Jika anda travel ke Jepun dan ingin kurangkan kos makan tanpa kompromi pada rasa, FamilyMart & 7-Eleven adalah pilihan terbaik.
Satu set makan tengah hari lengkap boleh didapati dengan harga serendah ¥400 – ¥600 (RM13–20) sahaja!

Bayangkan, anda boleh kenyang tanpa perlu cari restoran halal jauh-jauh atau tunggu lama. Sesuai sangat untuk:

  • Hari free & easy

  • Sarapan awal pagi

  • Makan ringan sebelum naik train atau flight

 

5. Sesuai untuk Itinerary Travel Anda

Peserta trip kami yang bawa anak kecil atau warga emas sangat suka singgah ke 7-Eleven.
Antara spot popular:

  • Osaka: Dekat stesen Shinsaibashi & Dotonbori

  • Kyoto: Berhampiran stesen Arashiyama & Gion

  • Tokyo: Hampir setiap 200 meter ada 7-Eleven 😅

 

Bonus: Guna Bersama Apps Cari Makanan Halal

Untuk lebih yakin, anda boleh guna aplikasi seperti:

 

Walaupun sekarang dah mudah untuk dapatkan makanan halal di Jepun tetapi tetap ramai pelancong Muslim yang bergantung pada 7-Eleven Jepun sebagai sumber makanan halal.

FamilyMart dan 7-Eleven di Jepun bukan sekadar kedai serbaneka. Ia adalah culture experience, penyelamat bajet dan tempat yang mesra pelancong Muslim.
Kalau anda travel ke Osaka, Kyoto, atau Tokyo pastikan anda singgah di convenience store ini hari-hari pun takpe!

Nak trip ke Jepun yang urus semua dari A-Z termasuk cadangan tempat makan halal & solat? Klik sini untuk tengok pakej Osaka 6H4M dari Amora Escape ✈️

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Switzerland-Germany
8 Hari 5 Malam
Hot
Switzerland-Germany
Nikmati keindahan gunung-ganang yang tersergam indah di bumi Eropah
Serendah RM9270/pax
Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.