Amora Escape

Osaka vs Tokyo untuk keluarga

Osaka vs Tokyo untuk keluarga . Mana Lebih Sesuai ?

Jepun, ia bukan lagi destinasi asing buat rakyat Malaysia. Terkenal dengan destinasi yang menawarkan pengalaman travel dengan gabungan kekayaan budaya tradisional dan kemajuan teknologi moden. Jepun sering digelar sebagai ‘Negara Matahari Terbit’ dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan percutian yang bersih, tersusun dan penuh pengalaman luar biasa.

Dari musim sakura yang menawan hati sehingga ke salji yang memutih di pergunungan Hokkaido, setiap sudut di Jepun menjanjikan pengalaman yang berbeza dan seronok. Sama ada anda ingin merasai suasana bandar sibuk seperti Tokyo atau ketenangan suasana kampung di Kyoto dan Nara, Jepun tawarkan semuanya untuk anda. Bermula dari keindahan budaya, alam semula jadi dan keramahan penduduk setempat yang membuatkan pelancong rasa selamat dan selesa.

Sebelum era moden, Jepun merupakan sebuah negara empayar yang berakar kuat dengan sistem feudal yang dikuasai oleh shogun dan samurai. Namun selepas era Meiji Restoration pada abad ke-19, Jepun berkembang pesat menjadi kuasa dunia moden dan hari ini negara ini menjadi antara tempat paling selamat dan teratur untuk dilawati.

Dibahagikan kepada beberapa wilayah utama seperti Hokkaido, Kanto, Kansai, Chubu dan Kyushu, setiap wilayah menawarkan keunikan tersendiri.

peta japan

Kali pertama nak bawa keluarga bercuti ke Jepun?
Ramai ibu bapa yang rasa teruja tapi juga keliru, patut ke pilih Osaka atau Tokyo sebagai destinasi utama?

Dalam artikel ini, kami bantu anda buat keputusan lebih mudah dengan membandingkan dua kota popular ini dari segi suasana, tarikan keluarga, kemudahan untuk Muslim dan keselesaan untuk anak-anak.

Suasana Bandar, Santai Atau Sibuk?

Osaka Untuk Jiwa Yang Mahu Tenang

Jika anda bayangkan percutian keluarga yang santai, tidak tergesa-gesa, dan sesuai untuk anak-anak kecil yang perlukan ruang untuk berehat, Osaka adalah jawapannya.

Bandar ini seperti ‘abang yang cool’, tak terlalu bising, tak terlalu ramai orang dan tak terlalu rumit.
Penduduknya mesra, suka senyum dan tak lokek untuk bantu pelancong walau dalam bahasa isyarat sekali pun.

Di Osaka, anda tak perlu berkejar ke banyak tempat dalam sehari.
🚶‍♂️ Jalan kaki 10 minit pun dah sampai ke kedai makan halal.
🚇 Naik train pun tak susah, tak perlu tukar line banyak kali.
🧸 Anak-anak enjoy main theme park (Universal Studio Japan), tengok Osaka Castle dan boleh beri makan rusa jinak di Nara. Mostly anak-anak akan excited dengan aktiviti ni.

Tokyo Untuk Mereka Yang Sukakan City Vibes

Berlawanan dengan Osaka, jika anda dan anak-anak suka experience di tempat yang lebih moden, tempat-tempat yang lebih ikonik dan vibe yang ‘Full Of Energy’,  Tokyo adalah pilihan yang terbaik buat anda.

Bandar ini seperti ‘adik yang baru masuk fasa remaja’ laju, bijak dan penuh kejutan.

Ya, Tokyo memang sibuk.
Ya, sistem train dia seperti maze.
Tapi di sebalik semua itu, tersimpan dunia yang memukau:
🎢 Disneyland dan DisneySea yang bakal menjadikan mata anak anda bersinar-sinar dengan kemeriahan cahayanya.
🗼 Pemandangan dari Tokyo Skytree boleh membuatkan buat anda terdiam kagum.
🛍️ Kedai karakter seperti Pokemon, Ghibli, Sanrio, menjadi syurga buat kanak-kanak (dan ibu ayah juga, sebenarnya…hehe)

Tapi satu perkara anda perlu tahu, Tokyo bukan untuk mereka yang nak rileks, chill-chill santai makan keropok lekor petang-petang.
Ia untuk mereka yang suka jalan jauh, banyak explore, dan bersedia untuk dikejutkan dengan pelbagai perkara dari setiap sudut tempat. Di sini, anda perlu tukar karakter anda menjadi ‘worrior spirit’. Nak berperang waktu naik train ketika habis office hour pun satu hal..

osaka vs tokyo untuk keluarga

MAKANAN HALAL ?

🍜 Osaka Banyak Option Makanan  Halal Friendly

Osaka sememangnya antara bandar paling ‘friendly’ untuk pelancong Muslim di Jepun.
Di kawasan tumpuan pelancong seperti Dotonbori dan Namba, anda akan temui beberapa restoran yang dengan bangganya mempamerkan sijil halal di pintu masuk mereka.

Anda boleh nikmati ramen halal, okonomiyaki versi Muslim dan pelbagai makanan Jepun tanpa rasa was-was. Malah di Universal Studios Japan (USJ) anda boleh request makanan halal atau bawa bekal dan makan di ruang yang disediakan.

💡 Untuk ibu ayah yang nak perjalanan yang tenang tanpa perlu Google lokasi restoran setiap kali lapar, Osaka adalah pilihan yang terbaik.

🍱 Tokyo Pilihan Halal Lebih Banyak, Tapi Kena Pandai Rancang

Di Tokyo pula… makanan Halal yang ditawarkan itu lebih pelbagai.
Dari restoran halal sushi, kebab, ramen, makanan India dan Timur Tengah semua ada untuk anda. Pilihan dari pelbagai jenis makan dari pelbagai negara itu sendiri pun banyak.

Anda boleh makan di sekitar Shibuya, Shinjuku, Ueno dan Asakusa, semuanya ada restoran halal yang sedap dan berbaloi.
Tapi, cabaran utama ialah jarak antara restoran halal tu agak jauh, kadang-kadang perlu satu stesen ke stesen lain.

Jadi kalau ke Tokyo, anda perlu membuat  perancangan dengan lebih awal dan ‘proper’. Senaraikan lokasi restoran dan padankan dengan itinerari perjalanan anda. Trust us, masa sangat berharga di Jepun. ‘Every second counts’

restoran halal di osaka jepun

Pengangkutan Mudah Atau Mengelirukan?

🚇 Sistem Train di Osaka lebih Mesra Pengguna & Mudah Akses

Kalau anda jenis suka perjalanan yang mudah dan tak nak pening kepala, Osaka memang terbaik. Sistem train di Osaka mudah difahami, terutamanya untuk pelancong kali pertama.

Hampir semua destinasi pelancongan seperti Osaka Castle, Dotonbori, USJ, Shinsekai boleh dicapai dalam 15–30 minit sahaja. Anda boleh guna JR Pass Kansai Area untuk jelajah ke Kyoto, Nara dan Kobe. Semua tu cuma 1 jam perjalanan atau kurang!

Bila naik train di Osaka, anda tak perlu banyak tukar line dan signage dalam English sangat membantu. Stesen pun tak terlalu besar atau menyesakkan. Sesuai kalau anda bawa anak kecil atau warga emas.

Sistem Train di Tokyo Lebih Laju dan Canggih, Tapi… Berbelit Sikit

Tokyo pula… lain ceritanya. Bayangkan sebuah bandar dengan lebih 30 laluan train dari pelbagai operator seperti JR East, Tokyo Metro, Toei Subway dan lain-lain. Kadang-kadang nak tukar line pun kena jalan 500 meter dalam stesen yang sesak.

TAPI… jika anda sudah biasa dengan Google Maps dan ready untuk sedikit cabaran, Tokyo sangat rewarding. Trainnya tepat, bersih, laju dan boleh bawa anda ke mana sahaja dari Disneyland ke Skytree, dari Harajuku ke Ueno Zoo. Kalau anda plan itinerary dengan betul, train di Tokyo boleh jadi best friend anda di Tokyo.

bullet train shikansen

Tarikan Mesra Keluarga Di Osaka Dan Tokyo

🎡 Tarikan Mesra Keluarga di OSAKA

  1. Universal Studios Japan (USJ). Untuk beli tiket online klik sini.
  2. Nara Deer Park
  3. Osaka Castle Park
  4. Rinku Premium Outlets
  5. Osaka Aquarium Kaiyukan
  6. Tempozan Giant Ferris Wheel & Marketplace
  7. Kids Plaza Osaka

🎡 Tarikan Mesra Keluarga di Tokyo

  1. Tokyo Disneyland & DisneySea
  2. teamLab Planets Tokyo
  3. Asakusa & Tokyo Streets
  4. Ueno Zoo & Ueno Park
  5. Shibuya Sky Observation Deck
  6. Odaiba
  7. Character Street Tokyo Station

aktiviti mesra anak-anak di osaka

Osaka vs Tokyo untuk keluarga mana pilihan anda?

Kesimpulannya, jika anda travel dengan anak kecil bawah 5 tahun, Osaka adalah pilihan terbaik anda untuk percutian yang lebih tenang, mudah dan tidak terlalu melelahkan. Jika anak anda boleh mendengar kata, tak selalu ‘tantrum’ , suka cabaran dan dah biasa travel jauh, Tokyo boleh jadi playground terbesar mereka.

Apa pun pilihan anda, percutian bukan tentang pergi ke semua tempat sebanyak yang mungkin, tapi mencipta memori di tempat yang anda benar-benar nikmati.

Jika anda berhasrat untuk mendapatan Pakej ke Osaka secara berkumpulan boleh klik sini.

osaka vs tokyo untuk keluarga

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.