Amora Escape

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke Kashmir

Orang Malaysia pasti suka !

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke Kashmir.

Jika anda ingin melancong ke negara asing pastikan anda melakukan sedikit ‘research’ terlebih dahulu agar anda tidak akan ditipu. Jika anda memilih Kashmir India sebagai destinasi pelancongan, ini adalah 9 tips ke Kashmir yang perlu anda ketahui.

 

1. Visa

Negara India memerlukan visa untuk anda masuk ke negara tersebut. Mohon visa kini lebih mudah kerana anda hanya perlu memohon secara online sahaja untuk mendapatkan E-Visa. Permohonan boleh dibuat di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/Registration

Permohonan boleh dibuat seawal 30 hari dan selewatnya 4 hari dari tarikh ketibaan dengan cas sekitar RM120 – RM150 bergantung kepada kadar penukaran wang semasa.

Contoh E-Visa

Contoh E-Visa India

 

 

2. Penerbangan ke Kashmir

Jangan pelik kalau anda cari flight direct ke Kashmir tetapi tidak keluar dalam senarai carian. Ini kerana tiada penerbangan secara terus ke Kashmir dari Malaysia. Anda perlu mengambil penerbangan ke Indira Gandhi International Airport di Delhi terlebih dahulu. Tempoh perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Kebiasaanya flight akan berlepas pada sebelah petang dan akan tiba di Delhi pada sebelah malam. Kemudian barulah anda mengambil flight domestik ke Kashmir (Sheikh ul-Alam International Airport). Namun, flight domestik tiada pada sebelah malam dan sebaiknya anda perlu transit dahulu 1 malam tidur di hotel berdekatan airport. Kalau anda solo traveller dan nak jimat kos, boleh sahaja tidur dekat area dalam airport tu sementara tunggu flight domestik keesokan paginya yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk tiba di Kashmir.

delhi airport

New Delhi Airport

Sebaik sahaja tiba di airport Kashmir anda perlu mengisi borang ketibaan pelancong terlebih dahulu. Pastikan anda dah standby beberapa maklumat penting yang diperlukan untuk diisi supaya tak kalut dan dapat menjimatkan masa.

 

 

3. Kurang maju

Walaupun tempat tumpuan pelancong di Kashmir cantik seperti di negara eropah namun perlu diingatkan Kashmir bukanlah negara yang maju yang lain kerana pembangunan disini tampak mundur dan tidak teratur. Peminta sedekah juga terdapat banyak di sesetengah kawasan. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan perjalanan yang mengisafi dan mensyukuri nikmat Tuhan, Kashmir adalah destinasi yang perlu anda terokai.

Srinagar Kashmir

Di sekitar Hazratbal Mosque

 

 

4. Jalur telekomunikasi

Perkhidmatan servis telekomunikasi di Kashmir agak tidak mesra untuk pelancong. Perlu diingatkan sim card yang dibeli di Delhi tidak akan dapat digunakan di Kashmir. Begitu juga dengan data roaming anda hanya boleh akses di Delhi sahaja tetapi tidak di Kashmir. Anda perlu membeli sim card di Kashmir bagi membolehkan anda mengakases data internet. Namun proses untuk membeli sim card di Kashmir agak susah kerana memerlukan alamat tetap dan lain-lain proses yang agak renyah. Anda dinasihatkan untuk pinjam sahaja simcard penduduk setempat disana jika anda mempunyai kenalan atau dapatkan hotspot dari tour guide anda jika anda menggunakan servis travel agensi.

 

 

5. Makanan setempat berasaskan rempah kari

Kebanyakan makanan di Kashmir berasaskan rempah kari seperti Chicken Rogan Josh, Kashmiri Wazwan, Mutton Biryani dan Butter Chicken Masala. Setiap makanan anda akan dapat rasa pelbagai jenis rempah yang digunakan yang sangat sedap dan unik. Rempah yang digunakan juga mempunyai rasa yang lebih kuat sedikit berbanding di Malaysia.

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke kashmir

Menikmati Biriyani Kashmir

6. Tempoh perjalanan ke setiap destinasi

Jika anda memilih untuk bermalam di hotel di Srinagar, perjalanan untuk ke tempat lawatan seperti Gulmarg, Pahalgam dan Sonamarg mengambil masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam 30 minit. Tidak lah terlalu lama memandangkan anda akan keluar dari hotel seawal 8 pagi anda akan disajikan dengan pemandangan waktu pagi yang tenang di Kashmir. Jika anda membawa anak kecil anda perlu standby awal-awal keperluan mereka seperti susu, lampin dan sebagainya.

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke kashmir

Perjalanan menuju ke Aru Valley

 

 

7. Penginapan di Houseboat

Anda wajib untuk merasai penginapan di houseboat kerana ini adalah sebahagian dari budaya penduduk di Kashmir yang unik. Namun anda dinasihatkan untuk bermalam di houseboat untuk 1 malam sahaja sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Houseboat bukan lah tempat yang ‘kena’ dengan jiwa rakyat Malaysia yang rata-rata memilih hotel sebegai tempat penginapan yang terbaik. Lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Memang sejuk ya amat di houseboat kerana dekelilingi oleh air tasik.

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke kashmir

Houseboat Kashmir Lake Victoria

 

 

8. Runding dahulu sebelum membeli

Jangan terkejut jika ke Kashmir, banyak penjual yang akan menghampiri anda untuk menjual cenderahati, baju, saffron dan sebagainya. Kebiasaanya mereka akan meletakkan harga ‘opening’ yang lebih tinggi terlebih dahulu. Jika anda tidak berhasrat untuk membeli dari mereka cukuplah anda katakan tidak dan berdiam diri nanti mereka akan pergi dengan sendirinya.

 

 

9. Aktiviti berkuda

Aktiviti berkuda adalah aktiviti yang sangat sinonim di Kashmir. Jika anda membawa anak kecil untuk menaiki kuda bersama anda pastikan anda mendapatkan khidmat ‘helper’ untuk menjaga keselamatan bersama kerana keadaan di sesetengah perjalanan kawasan gunung agak sedikit curam. Jika anda membawa orang tua pastikan mereka tidak mempunyai masalah pinggang dan sebagainya sebelum melakukan aktiviti berkuda.

9 perkara wajib tahu sebelum terbang ke kashmir

Berkuda di Gulmarg Kashmir

 

 

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.