Amora Escape

Stesen Gondola Kashmir

Pengalaman ini memang rare

Stesen Gondola Kashmir

WOW ! Stesen Gondola Kashmir paling tinggi di dunia? Betul ke?

Gulmarg adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi jika ke Kashmir lebih-lebih lagi pada musim salji. Ia menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melakukan aktiviti ski di Gulmarg. Tahukah anda ? Ais salji di Kashmir memiliki tekstur salji ‘powdery’ yang terbaik untuk bermain ski di sekitar Pergunungan Apharwat yang memiliki ketinggian 13,999 kaki.

Gulmarg Gondola Kashmir Phase 1

Gulmarg Gondola Kashmir Phase 1

 

Untuk sampai ke tempat tarikan di Gulmarg anda perlu menaiki Gondola dan yang menarik, ia adalah stesen gondola yang tertinggi di dunia dengan dua bahagian fasa. Fasa 1 membawa pengunjung ke pertengahan di kawasan Kong Kangri, manakala Fasa 2 membawa pengunjung ke Gunung Aparwat yang lebih tinggi. Anda tidak dinasihatkan untuk naik sehingga ke fasa 2 jika anda tidak biasa dengan keadaan cuaca sejuk yang boleh menyebabkan anda sesak nafas.

Stesen Gondola Kashmir

Laluan Gondola Gulmarg

 

Buat anda yang berhasrat untuk merasa pengalaman bermain salji, anda boleh meneruskan hasrat untuk ke fasa 2. Musim yang terbaik untuk anda naik ke fasa 2 adalah pada musim luruh. Ini kerana suhu pada ketika itu tidak lah sesejuk seperti musim yang lain. Jika anda berkunjung pada musim salji cukuplah sekadar anda singgah di fasa 1 sahaja. Perlu diingatkan kuota untuk naik ke fasa 2 adalah terhad dan anda perlu membeli tiket dengan lebih awal. Pembelian tiket boleh dibuat seawal 7 hari di laman web berikut > https://jkcablecar.payu.in . Jika anda mencari Pakej Musim luruh yang sesuai boleh klik di sini.

 

 

Gulmarg phase 2

Gulmarg phase 2

 

Jika anda berkunjung ke Gulmarg pada musim panas, tiada aktiviti salji yang boleh dilakukan tetapi anda boleh melakukan aktiviti berkuda di kawasan tersebut. Trek berkuda di Gulmarg agak ekstrim dan jika anda mempunyai masalah lutut atau pinggang, anda tidak digalakkan untuk cuba aktiviti berkuda di sini.

Trek laluan kuda di Gulmarg

Trek laluan kuda di Gulmarg

 

 

 

 

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.