Sebut sahaja Kashmir, ia bukan lagi lokasi pelancongan yang asing buat rakyat Malaysia. Terkenal dengan hotspot lokasi yang dikelilingi oleh lembah pergunungan himalaya, menjadikan ia adalah salah satu ‘Heaven On Earth’ pastinya Kashmir memberi anda seribu satu memori indah.
Sebelum tahun 1947, Kashmir adalah sebuah negara, namun akibat dari berlakunya beberapa konflik kini Kashmir bukan lagi sebuah negara dan kini terbahagi kepada 3 bahagian pemerintahan iaitu India, Pakistan dan China. Jammu and Kashmir di bahagian India, Azad Jamu And Kashmir di bahagian Pakistan dan Aksai Chin di bahagian China.
Semua bahagian cantik-cantik dan indah tetapi yang paling famous adalah Jammu and Kashmir India. Mungkin kerana rakyat Malaysia yang gemar akan hero Hindustan dan kos yang lebih murah menjadikannya destinasi percutian yang mampu milik. Kashmir mempunyai 4 musim dan musim yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah musim salji. Musim salji di Kashmir bermula pada Disember hingga Februari.
Jom tengok perjalanan ke Kashmir di bawah ini
Berlepas dari Kuala Lumpur ke New Delhi. Ada beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke New Delhi seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan Batik Air. Kekerapan penerbangan adalah setiap hari dan kebanyakannya perlepasan pada sebelah petang. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Waktu di India lewat 2 jam 30 minit dari waktu Malaysia. Bermakna jika anda berlepas dari Malaysia pada jam 5pm, anda akan tiba di Delhi pada jam 8pm.
Sebaik sahaja tiba di New Delhi, anda akan dihantar untuk daftar masuk ke hotel berdekatan terlebih dahulu. Ini kerana anda perlu menaiki pesawat seterusnya pada keesokan hari bagi penerbangan ke Kashmir pula. Jika anda seorang backpacker, menunggu hari esok dengan hanya tidur di lapangan terbang mungkin tidak menjadi masalah, tetapi jika anda berkeluarga dan ada anak kecil pula, menunggu di airport selama 14 jam bukanlah pilihan yang baik.
Perlepasan dari New Delhi ke Srinagar. Perjalanan udara dari New Delhi ke Srinagar mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Jika rezeki anda cuaca baik anda akan dapat melihat permukaan gunung-ganang tersergam indah dari atas kapal terbang.
Sebaik sahaja tiba di Srinagar, kebiasaanya waktu tengah hari, anda boleh terus ke hotel dahulu dan makan tengah hari di hotel atau di restoran. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa 30 minit. Pada musim sejuk waktu gelap lebih awal jadi pengurusan masa pada ketika ini adalah amat penting. Selesai sahaja makan dan solat anda boleh melakukan aktiviti pertama di Kashmir iaitu shikara ride di Tasik Dal. Uniknya di sini anda akan dapat menyaksikan houseboat yang memiliki seni ukiran tradisional Kashmiri yang sangat unik. Oh ya, penting untuk anda tahu suhu di kawasan Tasik Dal ini sangat sejuk pada musim salji dan anda tidak digalakkan untuk bermalam di houseboat atau ia akan menjadi mimpi ngeri buat anda.
Setelah selesai aktiviti shikara ride, anda boleh ke lokasi seterusnya yang berhampiran dengan Dal Lake iaitu Shalimar Bagh, sebuah taman yang dibina pada tahun 1619 oleh Maharaja Mughal Jahangir. Lokasi taman ini sangat menarik kerana ia terletak di antara Bukit Zabarwan dan Tasik Dal. Selesai hari ke dua. Perjalanan lebih santai suapaya anda boleh bersedia aktivti hari esoknya.
Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Pahalgam bermaskud dari perkataan Kashmiri iaitu Puhey-Goam (village of shepherds). Jika pada musim panas atau musim bunga anda akan dapati banyak kambing-kambing berjalan di tepi jalan meragut rumput.
Dalam perjalanan ke Pahalgam anda akan berhenti di kedai saffron di Safron Village. Anda boleh membeli saffron yang asli di sini. Selain itu produk kekacang yang terbaik juga anda boleh dapatkan disini.
Setelah itu perjalanan akan diteruskan sehingga ke ladang epal. Anda akan dapati terdapat banyak ladang epal di kiri dan kanan jalan dan lebih uniknya rumah pengusaha epal juga turut dibina di dalam ladang epal tersebut. Jika anda berkunjung pada musim salji, anda tidak akan dapat petik buah epal secara terus kerana yang tinggal hanya ranting dahan. Jangan bersedih kerana anda masih berpeluang untuk menikmati air epal yang manis dan sedap.
Jika anda ingin merasai aktiviti petik buah epal anda boleh berkunjung ke Kashmir pada musim luruh bulan Oktober. Lihat pakej di sini >> PAKEJ KASHMIR MUSIM LURUH
Selesai ladang epal, lebih kurang dalam 30 minit anda sudah tiba di Pahalgam. Terdapat 2 aktiviti yang boleh anda lakukan disini samada anda ingin santai-santai menaiki taxi ke Betaab Valley atau inginkan adventure dengan menunggang kuda naik atas bukit Baisaran Valley.
Selesai aktiviti, perjalanan pulang anda akan singgah di restoran untuk makan dan solat. Makanan di sini memang A+. Ikan Tandoori Trout Tikka adalah menu yang wajib kalau samapai sini. Nak tengok menu yang lain yang menarik? Tekan sini >> MENU BEST
Perjalanan dari Srinagar ke Gulmarg mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Lebih kurang lagi 10 minit untuk tiba di Gulmarg anda akan lalui jalan yang berliku seperti di Genting Highland. Jika anda seorang yang mudah mabuk, boleh sediakan minyak angin bagi mengurangkan mabuk anda. Tetapi anda tak perlu risau, sekejap sahaja perjalanan berliku tersebut.
Gulmarg mempunyai 2 fasa iaitu fasa 1 (Kongdoori) dan fasa 2 (Affarwat). Untuk sampai ke dua-dua fasa ini adalah lebih mudah dengan menaiki gondola. Bagi musim salji cukup lah sekadar ke fasa 1 kerana fasa 2 lebih sejuk dan lapisan oksigen kurang yang boleh menyebabkan anda berasa pitam.
Gondola ke fasa 1 mengambil masa selama 9 minit sahaja untuk tiba. Pelbagai aktiviti menarik disini boleh dilakukan seperti ski, snowbike dan sledge. Enjoy !!
Setelah habis aktiviti, dalam perjalanan pulang anda akan singgah di kedai tekstil untuk shopping. Kaki shopping ? Ini adalah tempat menarik untuk anda. Kain, jaket, karpet, sejadah dan macam-macam lagi.
Perjalanan dari Srinagar ke Sonamarg mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Perjalanan ke Sonamarg akan melalui laluan sutera yang boleh menghubungkan China dan Pakistan. Gunung-gunung di sini memiliki permukaan yang lain dengan Gulmarg dan Pahalgam. Jika terdapat pantulan cahaya matahari mengenai gunung di Sonamarg ia akan menghasilkan warna keemasan. Jika ke Sonamarg aktiviti bergambar macam model adalah wajib kerana pemandangannya yang sangat cantik. Jika bersama Amora, kami sediakan jurugambar profesional untuk anda. Barulah gambar cantik.
Selesai sarapan pagi, perjalanan dimulakan ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Delhi. Perlepasan ke Kuala Lumpur kebiasaanya bermula jam 9 malam. Ruangan menunggu di Airport Delhi selesa dan banyak pilihan makanan halal.
Tiba di KL awal pagi. Perjalanan tamat dengan memori yang Indah.
Making Travel Easy
*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD (202301025345 (1519268-H). All right reserved.