Amora Escape

5 tempat paling cantik untuk OOTD di Pakistan

Gambar anda pasti cantik di sini

5 tempat paling cantik untuk OOTD di Pakistan

 

Pakistan kini menjadi sebuah negara yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia yang menjadikan ia sebuah destinasi percutian yang menakjubkan. Hunza Valley yang terletak di bahagian utara Pakistan adalah salah satu daerah di Pakistan yang memiliki kecantikan alam semulajadi yang asli dan kaya dengan adat dan budaya setempat menjadikan Pakistan adalah sebuah ‘dream destination’ buat traveller dari serata dunia.

Ini adalah tempat yang menarik untuk anda OOTD (spot cantik bergambar) jika anda berkunjung ke utara Pakistan

1.Altit Fort

Altit adalah sebuah kubu bersejarah yang terletak di Hunza Valley. Kubu ini merupakan salah satu yang tertua di kawasan itu dan mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan kerajaan Bristish suatu ketika 900 tahun yang lalu. Reka bentuk seni bina Altit Fort sangat unik kerana ia mencerminkan gaya yang khas dengan penggunaan kayu dan batu. Apa yang lebih best kubu ini terletak di tebing tinggi, memberikan pemandangan yang menakjubkan ke arah lembah dan gunung-ganang sekitarnya.

altit fort

 

2. Skardu Airport

Biar betul dekat airport pun ada tempat menarik untuk ambil gambar? Ya betul kerana Skardu Aiport bukan biasa-biasa punya view ye. Terletak betul-betul di tengah kawasan pergunungan yang menjadikan ia sangat unik. Kapal terbang, gunung dan kamu. Cewahh. Jika anda berhasrat untuk bergambar di sini pastikan anda travel ke Skardu dengan menggunakan laluan udara.

skardu airport

 

3. Tasik Attabad

Tasik Attabad adalah sebuah tasik yang terletak di kawasan Hunza. Tasik ini terbentuk pada tahun 2010 akibat tanah runtuh besar yang berlaku di kawasan Attabad. Peristiwa ini menyebabkan aliran Sungai Hunza terhalang, mencipta tasik yang indah dengan air biru yang jernih. Baca artikel lebih lanjut mengenai sejarah Tasik Attabad di sini. 

attabad lake

 

4. Hussaini Suspension Bridge

Hussaini Bridge adalah sebuah jambatan yang terletak di kawasan Hunza dan dikenali sebagai salah satu jambatan paling berbahaya di dunia. Merentasi Sungai Passu dengan sejauh 700 kaki dalam keadaan tempat pemijak jambatan yang renggang menambahkan lagi debaran saat melintasi jambatan tersebut.

hussaini bridge

 

5. Safaranga Cold Desert

Dikenali sebagai “padang pasir sejuk,” kawasan ini mempunyai pemandangan yang sangat wow dikelilingi oleh gunung-ganang yang tinggi. Jika anda ingin dapatkan pengalaman dan gambar yang lebih menarik di sini pastikan anda cuba aktiviti menaiki jeep ride.

safaranga cold desert

 

Jika anda ingin mendapatkan Pakej Pakistan Join Tour 2025 yang terbaik sila klik sini.

Jika anda ingin mendapatkan Pakej Pakistan Private Tour 2025 yang terbaik sila klik sini.

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.