Kini telah hampir 15 tahun tragedi bencana alam yang menggemparkan dunia telah berlaku di Kampung Attabad yang terletak di Hunza Valley. Satu pergerakan tanah yang besar di kawasan Attabad, yang menyebabkan banjir dan menghalang aliran Sungai Hunza. Akibat dari perkara tersebut 20 nyawa telah hilang dan lebih dari 6000 orang penduduk telah kehilangan tempat tinggal.
Disebabkan runtuhan tanah tersebut, ia telah menyebabkan dua laluan utama Karakoram Highway dan Hunza River telah tersekat dan menyebabkan kampung-kampung di belah utara Hunza Valley terputus hubungannya dengan dunia luar. Laluan perdagangan antara Pakistan dan China yang musnah menyebabkan penduduk tempatan mengambil inisetif untuk membina bot kayu besar yang boleh memuatkan sebuah lori besar untuk menyeberangi tasik ini ke bandar-bandar utama di Pakistan.
Siapa sangka, kesan dari rencana dan peraturan alam tersebut, air dari Sungai Hunza mulai menggenangi kawasan yang terhalang, membentuk Tasik Attabad dengan sepanjang sekitar 21 kilometer (dah hampir panjang dengan jambatan kedua Pulau Pinang) dan kedalamannya boleh mencapai 100 meter di beberapa tempat. Airnya berwarna turquoise dan kebiruan sangat menakjubkan, menjadikannya sebagai tarikan pelancongan yang unik
Kini jalan dan terowong yang baru telah dibina di Karakoram Highway hasil dari kerjasama antara China dan Pakistan semenjak tahun 2018. Sampan yang mereka gunakan sewaktu ketika dahulu kini ia menjadi 1 aktiviti wajib untuk pelancong experience menaiki sampan tersebut mengelingi Tasik Attabad.
Rahsia Tuhan tiada siapa yang tahu, tetapi apa yang pasti disebalik kesusahan terpalit sebuah rahmat untuk makhluk yang dinamakan manusia.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami jelajah Pakistan bermula musim bunga (April) sehingga musim luruh (November).
Pakej join tour yang tak terlalu lama dan tak terlalu singkat hanya 8 hari 6 malam. Pakej termasuk flight, makan fullboard, penginapan dan aktviti. Klik sini untuk info lanjut.
Jika anda ingin lebih privacy taknak campur dengan mana-mana peserta lain, boleh join pakej private dari kami selama 11 hari 9 malam. Klik sini untuk info lanjut.
Making Travel Easy
*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD (202301025345 (1519268-H). All right reserved.