Tips Pilih Hotel Di Bali, 4 Perkara Wajib Tahu

Hotel Terbaik, Pengalaman Kembara Menarik

Tips Pilih Hotel Di Bali, 4 Perkara Wajib Tahu

 

Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang digemari oleh penduduk dalam dan luar negara. Kehijauan alam semulajadi dan keindahan pantai pasti membuatkan pelancong jatuh cinta dan ingin sentiasa kembali ke Pulau Dewata tersebut. Apabila merancang percutian ke Bali, anda pasti mencari hotel yang terbaik untuk menginap.

Anda boleh memilih hotel berdasarkan kawasan-kawasan yang hot spot, seperti Uluwatu, Seminyak atau Ubud. Le Grande Bali, Novotel Ngurah Rai dan Padma Resort Ubud ialah beberapa cadangan hotel kami yang bagus. Selain itu, masih banyak lagi hotel lain yang boleh dipertimbangkan.

tips pilih hotel di bali

Bagaimana untuk memilih hotel di Bali?

Oleh kerana minat pelancong yang tinggi untuk bercuti di Bali, bilangan hotel sedia ada juga semakin meningkat. Berikut kami sediakan tips yang boleh membantu anda untuk mendapatkan hotel yang terbaik untuk anda di Bali

 

1.Semak kemudahan hotel yang ditawarkan

Kemudahan hotel atau ‘facilities’ adalah perkara yang perlu anda utamakan dan periksa sebelum menempah hotel. Lebih lengkap kemudahan yang disediakan, lebih selesa penginapan anda di hotel. Antara kemuduhan yang biasa disediakan pihak hotel adalah kolam renang peribadi (kemudahan yang paling menjadi pilihan ramai pelancong) , spa yang boleh memanjakan diri anda dan gim yang boleh menguatkan otot anda.

tips pilih hotel di bali

 

Kemudahan Kolam Renang

Kemudahan yang paling biasa ditawarkan oleh hotel di Bali ialah kolam renang. Jika anda pergi ke Bali dengan anak-anak, kemudahan ini wajib ada dalam senarai anda. Periksa juga keselamatan kolam renang untuk kanak-kanak untuk bermain dan berenang. Namun, jika anda ingin menikmati privasi sambil berenang, pilih hotel yang mempunyai kolam renang peribadi.

Selain kolam renang, kemudahan spa juga menjadi satu kewajipan untuk anda masukkan dalam senarai jika anda yang inginkan percutian yang santai habis!  Sesetengah hotel juga mempunyai spa dengan berlatar belakang keindahan alam semula jadi untuk menaikkan lagi mood anda. Bagi anda yang mementingkan kecantikan bentuk badan atau abang-abang sado yang suka angkat berat, hotel yang mempunyai fasiliti gim sepatutnya menjadi keutamaan anda.

tips pilih hotel di bali

Kemudahan mengambil dan menghantar ke lapangan terbang (airport transfer)

Terdapat beberapa hotel yang turut menyediakan perkhidmatan jemput dan hantar ke lapangan terbang. Dengan kemudahan ini, anda tidak perlu bersusah payah mencari teksi apabila tiba di Bali. Selain itu, kemudahan ini pastinya memberikan rasa selamat terutama bagi anda yang pertama kali berkunjung ke Bali.

Sesetengah hotel hanya menyediakan perkhidmatan jemput semasa tiba di lapangan terbang sahaja dan tiada perkhidmatan menghantar pulang ke lapangan terbang semula. Namun begitu, terdapat juga hotel yang menawarkan perkhidmatan jemput dan hantar untuk ketibaan dan pulang. Sebaiknya, jadual pengambilan ini perlu disahkan terlebih dahulu dengan pihak hotel.

 

Kawasan permainan atau aktiviti kanak-kanak yang membuatkan kanak-kanak berasa lebih selesa di hotel

Adakah anda merancang untuk pergi ke Bali untuk berehat dan membawa anak-anak anda? Jika ya, pilih hotel yang mempunyai kawasan atau aktiviti khas untuk kanak-kanak. Aktiviti yang biasanya ditawarkan oleh hotel adalah melukis dan aktiviti memasak bersama chef. Jika aktiviti ini tidak wujud, anda hanya perlu memastikan hotel ini mempunyai kolam renang yang khas untuk kanak-kanak yang memiliki paras air kolam yang lebih cetek dan selamat.

Lebih menarik lagi jika kawasan kolam renang kanak-kanak turut dilengkapi dengan taman air mini yang menghiburkan dan menarik. Pastinya anak-anak anda suka dan betah.

tips pilih hotel di bali

 

2. Padankan hotel dengan gaya percutian anda

Apabila merancang percutian ke Bali, sudah tentu anda mempunyai idea atau rancangan aktiviti yang ingin anda lakukan, bukan? Terdapat jenis orang yang lebih suka berehat dan menikmati kemudahan hotel. Walau bagaimanapun, terdapat juga orang yang lebih suka meneroka tempat dan pengalaman baru. Pilihan hotel boleh disesuaikan dengan gaya percutian anda untuk menjadikan percutian anda lebih menarik dan menyeronokkan.

tips pilih hotel di bali

Lokasi hotel berdekatan dengan tempat tarikan pelancong

Setiap kawasan di Bali mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri. Jika anda sudah mempunyai rancangan untuk pergi ke tempat tertentu, pilih hotel yang berhampiran dengan tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda mencapai matlamat anda tanpa membuang banyak masa. Ini kerana lokasi dari satu lokasi tumpuan ke lokasi tumpuan yang lain agak jauh dan mengambil masa yang agak lama.

Selain itu, hotel yang berdekatan dengan lokasi pelancongan juga lebih menjimatkan kos pengangkutan anda. Sebaiknya, pastikan tempat yang akan anda tuju berdekatan antara satu sama lain dan tidak terlalu jauh supaya lebih mudah untuk tiba di destinasi. Sejujurnya untuk anda terokai seluruh Bali memerlukan sekurangnya 14 hari pengembaraan. Anda boleh kembali ke Bali dan cuba meneroka tempat baharu yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini.

Hotel dengan kemudahan yang lengkap, bagi anda yang ingin berehat di hotel

Jika anda bercadang untuk menghabiskan masa bersantai di hotel, pilihlah hotel yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Pilihan kemudahan seperti kolam renang, spa, gimnasium, restoran atau pantai persendirian yang sesuai dengan anda.

Sesetengah hotel mempunyai aktiviti khas yang disediakan untuk tetamu. Terdapat juga hotel yang menyediakan tempat untuk malam BBQ bagi menghiburkan pengunjung mereka. Dengan semua kemudahan ini, anda boleh memanjakan diri anda dengan pelbagai pilihan kemudahan yang disediakan walaupun anda hanya berada di dalam hotel.

 

3 Cari hotel berdasarkan kawasan kegemaran anda di Bali

Hampir semua kawasan di Bali mempunyai keindahan alam yang luar biasa. Walau bagaimanapun, setiap wilayah mempunyai tarikan yang berbeza. Anda boleh memilih hotel berdasarkan kawasan kegemaran anda di Bali. Sebahagian daripadanya ialah Uluwatu, Kuta, Seminyak, Ubud dan Nusa Dua. Jom ketahui tarikan setiap kawasan sebelum memutuskan kawasan mana yang akan anda lawati.

 

  • KUTA

Kuta terletak di selatan Pulau Bali. Kawasan ini sinonim dengan pantainya. Kawasan yang paling ikonik ialah Pantai Kuta yang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Lihat sahaja kerjerlusan pasir pantainya yang berwarna putih dan air lautnya yang biru kehijauan pastinya menjanjikan spot healing yang menarik! Terdapat juga banyak peniaga di kaki lima jalan yang menjual barangan asli Bali, seperti beg, pakaian dan cenderamata. Disebabkan kawasan ini agak popular, terdapat banyak hotel yang ditawarkan di sekitar kawasan ini. Anda hanya perlu memilih mengikut citarasa dan bajet masing-masing.

tips pilih hotel di bali

 

  • SEMINYAK

Kawasan Seminyak juga terkenal dengan pelancong. Lokasinya sangat strategik kerana berada di antara kawasan Kuta dan Legian. Menginap di kawasan ini akan memudahkan anda jika ingin melawat kedua-dua kawasan ini. Kawasan Seminyak memang sinonim dengan pelbagai pilihan restoran, kafe dan butik mewah. Penginapan di kawasan Seminyak juga sangat banyak  bermula dari resort, hotel bajet, hingga villa yang mewah.

tips pilih hotel di bali

 

  • UBUD

Kawasan Ubud dikenali lebih tenang dan sinonim dengan pemandangan semula jadi yang menghijau sejauh mata memandang. Ubud sangat popular dengan lukisan, arca, tarian dan muzik tradisional Bali.

Anda juga akan dapat menyaksikan terdapat banyak kuil Hindu disekitar kawasan tersebut dan terdapat juga beberapa lereng bukit hijau yang tenang dan mengasyikkan. Tarikan pelancong yang popular di Ubud ialah Hutan Monyet Ubud, Kuil Taman Saraswati dan aktiviti berakit Sungai Ayung.

tips pilih hotel di bali

 

  • NUSA DUA

Kawasan Nusa Dua Bali memang sinonim dengan pemandangan yang indah di sepanjang pantai. Tempat ini juga terkenal dengan sukan air seperti jet ski, surfing, parasailing, snorkeling dan scuba diving. Aktiviti yang terdapat di sini kelihatan seperti untuk yang dah professional tapi percayalah yang masih baru juga tidak kekok untuk mencuba aktiviti sukan air disini.

Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis sukan air, anda boleh berkunjung ke Nusa Dua. Selain itu, terdapat juga tarikan pelancong Pulau Penyu Tanjung Benoa yang sering menjadi destinasi pilihan keluarga. Penginapan di kawasan ini biasanya hanya terdiri daripada resort dan hotel mewah.

Jika anda ingin mendapatkan Pakej Bali yang sesuai di Nusa Dua boleh klik sini.

tips pilih hotel di bali

 

 

4. Semak rating dan review hotel dahulu sebelum menginap

Apabila memilih hotel, idea yang baik adalah untuk menyemak penilaian dan ulasan hotel sebelum menginap. Ini penting untuk mengetahui penilaian keseluruhan hotel dari segi perkhidmatan, kemudahan atau suasana. Penilaian ini biasanya diberikan oleh pengguna yang mempunyai pengalaman menginap di hotel. Anda boleh melakukan sedikit kajian dan lihat beberapa review dari pelanggan sebelum ini di booking.com, traveloka.com dan tripadvisor.com. Ini adalah sangat penting kerana jika anda sekadar mempercayai review dari laman web rasmi hotel tersebut pastinya mereka akan menyiarkan yang baik-baik sahaja.

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.