Altit adalah sebuah kubu bersejarah yang terletak di Hunza Valley. Kubu ini merupakan salah satu yang tertua di kawasan itu dan mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan kerajaan Bristish suatu ketika 900 tahun yang lalu. Reka bentuk seni bina Altit Fort sangat unik kerana ia mencerminkan gaya yang khas dengan penggunaan kayu dan batu. Apa yang lebih best kubu ini terletak di tebing tinggi, memberikan pemandangan yang menakjubkan ke arah lembah dan gunung-ganang sekitarnya.
2. Skardu Airport
Biar betul dekat airport pun ada tempat menarik untuk ambil gambar? Ya betul kerana Skardu Aiport bukan biasa-biasa punya view ye. Terletak betul-betul di tengah kawasan pergunungan yang menjadikan ia sangat unik. Kapal terbang, gunung dan kamu. Cewahh. Jika anda berhasrat untuk bergambar di sini pastikan anda travel ke Skardu dengan menggunakan laluan udara.
3. Tasik Attabad
Tasik Attabad adalah sebuah tasik yang terletak di kawasan Hunza. Tasik ini terbentuk pada tahun 2010 akibat tanah runtuh besar yang berlaku di kawasan Attabad. Peristiwa ini menyebabkan aliran Sungai Hunza terhalang, mencipta tasik yang indah dengan air biru yang jernih. Baca artikel lebih lanjut mengenai sejarah Tasik Attabad di sini.
4. Hussaini Suspension Bridge
Hussaini Bridge adalah sebuah jambatan yang terletak di kawasan Hunza dan dikenali sebagai salah satu jambatan paling berbahaya di dunia. Merentasi Sungai Passu dengan sejauh 700 kaki dalam keadaan tempat pemijak jambatan yang renggang menambahkan lagi debaran saat melintasi jambatan tersebut.
5. Safaranga Cold Desert
Dikenali sebagai “padang pasir sejuk,” kawasan ini mempunyai pemandangan yang sangat wow dikelilingi oleh gunung-ganang yang tinggi. Jika anda ingin dapatkan pengalaman dan gambar yang lebih menarik di sini pastikan anda cuba aktiviti menaiki jeep ride.