Tasik yang dikenali sebagai Crown Of Srinagar kerana di tasik ini menjadi sumber ekonomi buat sesetengah penduduk di Kashmir. Terletak di tengah-tengah hutan hijau yang subur dengan pokok deodar, Tasik Dal terkenal dengan keindahan pemandangan dan tumpuan pelancong. Seawal 5 pagi, aktiviti di Dal Lake dimulai dengan penjualan sayur fresh di atas shikara ride. Menarik!!Kawasan sekitar Tasik Dal adalah syurga semulajadi. Pelbagai aktiviti boleh kita lakukan seperti berkemah di pergunungan,bermain ski,trekking dan menaiki perahu di Dal Lake.
Ia adalah taman tulip terbesar di Asia yang tersebar di kawasan seluas kira-kira 30 hektar.
Ia terletak di dasar banjaran Zabarwan, dibina di atas tanah landai dengan gaya teres yang terdiri daripada tujuh teres dengan bersaksikan oleh keseluruhan Tasik Dal.
Taman itu dibuka pada 2007 dengan tujuan untuk meningkatkan florikultur dan pelancongan di Lembah Kashmir. Ia dahulunya dikenali sebagai Siraj Bagh.
Kira-kira 1.7 juta mentol tulip, semuanya dalam pelbagai warna, telah dibawa ke taman tulip Keukenhof di Amsterdam.
Selain tulip, terdapat 46 jenis bunga termasuk gondok, daffodil dan ranunculus yang turut dibawa dari Belanda. Jika anda ingin melawat Taman Tulip ini pastikan anda berkunjung ketika musim bunga sahaja sekitar pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan April
Puncak Apharwat yang tertinggi di Gulmarg ialah cerun ski terpanjang di Asia dan ia merupakan tarikan pelancongan yang utama dari serata dunia. Jika anda seorang pemain ski professional, di sini adalah tempat yang paling akan anda gemari. Servis helikopter turut disediakan untuk pemain ski yang inginkan sesuatu yang lebih mencabar dan menarik.
Dengan ketinggian 4390m, Apharwat ialah puncak yang paling menarik perhatian di Gulmarg dan fasa kedua Gulmarg Gondola (kereta kabel) menghubungkannya dengan Lembah Kongdori.
Ia mengambil masa 12 minit dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak ini yang bukan sahaja menawarkan peluang bermain ski dan snowboarding, tetapi ia juga menawarkan pemandangan yang sangat indah dan cantik untuk dinikmati.
Jika anda ingin ke Apharwat Peak tanpa ski juga boleh sekadar sightseeing dengan menaiki gondola ride ke phase 2. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak naik ke Apharwat peak pada musim salji kerana cuaca yang terlalu sejuk dan kadar oksigen yang rendah yang boleh menyebabkan anda pening kepala dan sesak nafas.
Memiliki keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan mata saat menjejakkan kaki di tempat tersebut.
Thajiwas Glacier ini kebiasaanya dibuka hanya pada musim panas dan luruh sahaja. Pada musim lain seperti musim salji dan musim bunga, trek ke Thajiwas Glacier ditutup akibat salji yang tebal menyelaputi lalaun trek berkuda. Oh ya, untuk akses ke Thajiwas Glacier hanya dengan berjalan kaki atau menunggang kuda sahaja dibenarkan.
Thajiwas menawarkan trek berkuda yang lebih santai sesuai untuk semua golongan.
Disepanjang perjalanan ke Thajiwas anda akan menyaksikan keindahan gunung-ganang di kiri dan kanan anda. Ya betul anda bagaikan berada di alam fantasi😍
Lembah Betaab ialah hamparan yang indah di tepi sungai Lidder, menawarkan pemandangan panoramik Himalaya.
Landskapnya kelihatan sempurna dengan kehijauan rumput yang dicantikkan lagi oleh sungai yang mengalir melaluinya dan berlatarbelakang gunung yang sangat cantik. Di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda dan pasangan bergambar dengan gaya romantik. Kembalikan cinta yang mekar seperti dahulu saat anda mula mengenali pasangan anda🤗
Betaab Valley ini juga berfungsi sebagai ‘base camp’ untuk pengembara dan merupakan tempat yang baik untuk memulakan penerokaan ke kawasan pergunungan.
Tahukah anda bagaimana Betaab Valley menjadi terkenal? Pada tahun 1983, filem lakonan Sunny Deol dan Amrita Singh,Betaab menjalankan pengembaraan di sini pada. Oleh itu, lembah itu dinamakan sempena filem hit itu.
Betaab Valley sesuai untuk dilawati sepanjang tahun kecuali pada bulan yang akan dianjurkan Festival Amarnath. Kebiasaanya festival ini berlangsung pada bulan 7 atau 8 yang mana pada ketika ini Betaab Valley akan menerima sejumlah pelancong yang beragama Hindu yang ramai bagi menyempurnakan upacara keagamaan mereka. Untuk mengelakkan anda terperangkap di dalam trafik sesak yang berjam-jam lamanya, elakkan untuk berkunjung pada ketika festival itu berlangsung.
Terletak di tepi Dal Lake, Shalimar Bagh ialah Taman Mughal terbesar di lembah Kashmir yang dibina oleh Muhgal Empire pada tahun 1619.
Berkeluasan 31 ekar, suatu ketika dahulu taman ini pernah menjadi destinasi musim panas kegemaran Maharaja Jahangir dan istananya. Karya indah yang juga dikenali sebagai ‘rumah cinta’ ini pada asalnya dipanggil ‘Farah Baksh’, yang secara literal diterjemahkan kepada ‘menyenangkan’.
Dikelilingi oleh pokok tinggi Chinar dan banyak bunga berwarna-warni, Shalimar Bagh menyajikan pelancong dengan persekitaran yang kelihatan indah.
Shalimar Bagh akan kelihatan lebih menarik jika anda berkunjung pada waktu senja bagi menyaksikan ‘sunset’ yang akan menyebabkan pantulan cahaya matahari menyinari Bukit Zabarwan dengan warna keemasan.
Doothpatri tidak lah beberapa terkenal dikalangan pelancong tetapi ia adalah menjadi lokasi pilihan untuk penduduk tempatan di Kashmir beriadah bersama keluarga disitu. Dengan pemanduan selama 2 jam dari Srinagar, Doothpatri mempunyai persekitaran tumbuh-tumbuhan pokok yang menghijau dan hamparan rumput seluas mata memandang. Ia terletak pada ketinggian 8957 kaki dari paras laut.
Dari mana datangnya nama Doodhpatri ini? Nama Doodhpathri bermaksud Lembah Susu di Kashmir. .Cerita rakyat penduduk tempatan mengatakan bahawa ulamak dan pendakwah yang dihormati di Kashmir iaitu Sheikh Noor-ud-Din Noorani (Nund Rishi) pernah memukul kayunya di tanah ketika mencari air lantas beliau mengangkat tangan dan berdoa, secara tiba-tiba air susu mengalir keluar. Susu ini kemudiannya bertukar menjadi air yang mula mengalir merentasi padang rumput. Air sungai di Doodhpathri masih kelihatan putih susu jika dilihat dari jauh. Jika anda ingin melawat sungai di Doothpatri anda boleh menaiki ATV Ride atau menunggang kuda.
Making Travel Easy
*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy
Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD (202301025345 (1519268-H). All right reserved.