Amora Escape

10 Perkara Menarik Di Bali

Keindahan Alam Tiada Penghujung

Stress kan tak jumpa lagi tempat untuk bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah nanti? Perancangan dah berbulan-bulan tapi masih lagi tiada idea nak kemana.  Tak perlu jauh-jauh, apa kata kita terbang ke Indonesia sahaja. Jom tengok >>

10 Perkara Menarik Di Bali

1. Rice Paddy Tegalalang

Jika anda berkunjung ke bahagian utara Malaysia anda akan dapat menyaksikan pemandangan sawah padi yang luas terbentang di kiri dan dan kanan jalan. Tetapi jika anda berkunjung ke Bali anda akan menyaksikan landskap sawah padi yang sangat unik dalam keadaan bertingkat-tingkat.
Walaupun tempat ini sering dibanjiri dengan ramai pelancong, anda masih berpeluang untuk menyaksikan petani di sini membajak ladang sawah padi dengan secara tradisional.

10 perkara menarik di bali

Rice Paddy Tegalalang

 

2. Bali Swing dan Bali Bird Nest

Buaian di Bali ini bukan seperti buaian di taman permainan kanak-kanak tetapi buaian ini memiliki tali yang panjang ke bawah dan cukup untuk menghayun anda jauh ke hadapan. Aktiviti popular ini adalah sangat sesuai untuk anda mendapatkan gambar yang ‘instagramable’ spot yang sangat cantik. Anda boleh rujuk di laman web ini untuk mendapatkan senarai harga aktiviti yang berkaitan > https://www.ubudcenter.com/bali-swing/

10 perkara menarik di bali

Bali Swing

 

3. Ubud Tradisional Art Market

Jika anda berhajat untuk membeli cenderamata sebagai kenangan, maka di Pasar Tradisional Ubud ini akan menjadi tempat pilihan anda. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai barang kraf tangan seperti seni ukiran, selendang sutera, beg tenunan dan banyak lagi yang pasti tidak akan jumpa di tempat lain !

10 perkara menarik di bali

Ubud Market

 

4. Water Rafting di Sungai Ayung

Ini adalah pengalaman yang wajib anda letak dalam ‘bucket check list’ jika berkunjung ke Bali. Sungai Ayung di Ubud adalah sungai terluas dan terpanjang di Bali. Rasai sendiri pengalaman menaiki rakit kembung yang mengikut arus air yang deras yang pastinya dapat ‘trigger’ adrenalin anda. Jika anda ingin mencuba aktiviti ini pastikan anda membuat tempahan dengan lebih awal bagi mendapatkan slot. Tempahan boleh dibuat di laman web https://www.raftingayung.com/

10 perkara menarik di bali

Water Rafting Ubud

 

5. Makan tengah hari di Restoran Batur Sari (Mt Batur View)

Rehat sebentar dan isi perut anda dengan makan tengah hari di sini. ‘Reward’ menanti anda dengan pemandangan Gunung Batur yang menakjubkan. Makanan yang ditawarkan di sini adalah secara buffet dan ia 100% Halal. Sambil makan sambil layan pemandangan. Memang mengasyikkan !

10 perkara menarik di bali

Restoran Batur Sari

 

6. Pura Lempuyang

Pura Lempuyang adalah sebuah kuil yang agak terkenal di Bali. Ia dikenali juga sebagai ‘Gateaway To Heaven’ dan Kuil Seribu Langkah. Untuk sampai ke atas, ia mengambil 1700 langkah pendakian tangga. Memang semput habis kalau badan anda tak fit. Tetapi anda tidak perlu risau kerana ada jalan ‘short-cut’ untuk sampai ke atas dengan meminta pemandu anda terus sahaja pandu kereta ke atas. Setibanya di puncak, jika langit cerah anda akan bertuah kerana dapat menyaksikan Gunung Agung sebagai ‘photobomb’ gambar anda.

10 perkara menarik di bali

Heaven Gate

 

7. Pulau Nusa Penida

Pulau Nusa Penida adalah salah satu daripada pulau luar pesisir Bali. Memiliki keindahan semulajadi yang terbentuk dari formasi batuan yang indah, perairan biru kehijauan yang jernih dan pelbagai jenis kehidupan marin yang unik. Memandangkan Pulau Penida terletak di luar pesisir Bali, anda perlu menaiki speedboat untuk ke sana. Anda juga berpeluang untuk ke Broken Beach, Pantai Kelingking dan Angel’s Billabong jika ke sini. Jika anda mencari pakej Bali Nusa Penida yang padat dengan aktiviti menarik klik sini.

10 perkara menarik di bali

Pantai Kelingking

 

8. Lovina Beach

Tidak terkenal seperti Kuta dan Seminyak, namun siapa sangka bahawa Pantai Lovina ini mempunyai pasir gunung berapi yang berwarana kelabu dan kehitaman. Antara aktiviti yang paling menarik di sini adalah anda boleh menyaksikan sendiri ikan dolphin yang comel melompat-lompat di permukaan laut yang selalunya kelihatan pada sebelah pagi. Jika anda berhasrat ke sini anda boleh membuat tempahan tiket ‘dolphin tour’ dan akan ditemani oleh guide yang berpengalaman. Untuk rujukan membuat tempahan anda boleh hubungi kami di Amora Escape.

10 perkara menarik di bali

Dolphine di Lovina

 

9. Kopi Luwak

Pengalaman untuk merasai sendiri Kopi Luwak adalah salah satu pengalaman yang anda tak boleh lupakan. Jika anda berani, sahut cabaran untuk cuba kopi yang dihasilkan oleh najis musang. Jika anda peminat kopi, anda pasti suka akan kopi yang memiliki rasa yang strong after taste ini. Oh ya jangan risau, kopi ini dah disucikan terlebih dahulu dengan melalui beberapa proses penyucian. Menurut Majelis Ulama Indonesia (MUI), kopi luwak yang dah melaului proses pembersihan adalah Halal untuk diminum.

10 perkara menarik di bali

Pelbagai jenis kopi

 

10. Wong Solo Kuta

Tak sah kalau ke Bali kalau tak menikmati kelazatan ayam penyet yang menjadi menu utama penduduk Indonesia. Setelah seharian berjalan, pastikan anda tak lepaskan peluang untuk makan malam di Restoran Wong Solo Kuta. Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba di sini yang pastinya sedap-sedap belaka !

10 perkara menarik di bali

Pelbagai jenis menu menarik

Pakej Travel Yang Berkaitan:

Hubungi
Choose Option
Hubungi
Northern Pakistan
11 Hari 9 Malam
Hot
Northern Pakistan
Keunikan budaya, etnik dan kecantikan bumi Pakistan pasti menjadikan perjalanan anda lebih bermakna
Serendah RM6990/pax
Osaka
5 Hari 4 Malam
Hot
Osaka
Selami keunikan budaya dan warisan di negara matahari terbit
Serendah RM3900/pax
Hubungi pihak kami untuk informasi lanjut dan persoalan berkaitan apa jua pakej percutian.
Amora Escape

Making Travel Easy

*We will respond in less than 1 hour during office hours Monday to Friday (9:00 am - 4:00 pm), Saturday (9:00 am - 12:00 pm), and the next day if you contact us outside of office hours. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © JUTA AMORA ESCAPE & TRAVEL SDN. BHD. (202301025345 (1519268-H). All right reserved. Privacy Policy

Borang Online Amora Escape
Isikan borang ini dan ianya akan terus dihantar ke email kami.
Tempah Pakej / Package Inquiry
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokkan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.